Thursday, March 13, 2014

7 Sunnah Rasulullah S.A.W yang patut kita contohi..

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Pertama : Solat tahjjud , kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahjjudnya.


"Dan bangunlah daripada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'solat tahajjud' padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu ; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [A-Isra' : 79]

Kedua : Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Dari sahabat Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Bacalah oleh kalian Al-Quran kerana ia(Al-Quran) akan datang pada Hari Kiamat kelak sebagai pemberi syafa'at bagi orang-orang yang rajin membacanya. [Hadith Riwayat Muslim]

Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut selain kepada Allah, merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Taubah: 18)

Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Rasulullah bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha”, maka jika datang pada hari kiamat, berserulah (malaikat):”Manakah orang-orang yang selalu bersolat Dhuha? Inilah pintu kami persilakan mereka masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah SWT.” (Hadith Riwayat Tabrani)

Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


"Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaanNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh" (At-Taubah 9:75)

Keenam : Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.


Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)

Sedikit Perkongsian dari saya untuk semua dan diri saya yang hina ini.


 شكرا جزيلا 

No comments: