Friday, September 18, 2015

Doa Itu Jambatan Penghubung Mendekatkan Yang Jauh

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

 
Doa mendekatkan yang jauh, doa mampu mengubah dunia dengan izinNya.

“Kau tak penat berdoa.”
“Tak. Memang aku tak akan pernah penat doa.”
Walaupun Allah tak makbulkan sekarang kita perlu yakin Allah akan makbulkannya kelak. Jika Allah tak makbulkan doa kita tu, ada hikmah.
Dan kita pernah cari hikmah tu?
Atau kita duduk menyalahkan takdir. Atau kita mula putus asa dan hati mula bersangka-sangka pada ilahi.
Wahai jiwa,
Ketahuilah saat kita meminta sebuah kekuatan untuk melalui dunia yang penuh keseronokan ini, Dia kirim kan satu bentuk ujian. Dan kitamula berhenti berdoa dan berharap padaNya?
Ketahuilah hati,
Ujian itu adalah jawapan pada doa-doa yang kita pohon padaNya, tanya pada diri pernah fikir tak hikmah ujian yang ditimpakan pada kita?
Hakikat yang perlu kita terima, kita berjaya lalui ujian tu walaupun saat tu bibir menutur kata “aku tak mampu”.
Ya, kita mampukan, itu bermakna Allah dah jawab doa kita. Dia bukan sahaja bagi kekuatan, Dia bagi pakej, kesabaran, ketabahan serta keyakinan. Keyakinan padaNya.
Doa adalah satu senjata pada orang yang percaya pada Allah. Doa itu kekuatan disaat kita tak mampu nak buat apa-apa dah. Saya tak mampu nak jamin atau beri sebarang harapan.
Tapi satu je. Jangan lupa Doa. Harapan tu Allah yang jaga apabila ia simpul dalam doa. Selamat dari kecewa. Dan mengecewakan.Doa dalam hati pun cukup.
Allah dengar walau ia sekadar lintasan hati. Ingat tiada yang mustahil bila Allah kata kun fayakun.

Doa,
Itu jambatan pada hati-hati yang merindui,

Doa
Itu satu bentuk bantuan saat kau tak mampu berada disisi,
Saat kau tak mampu meleraikan masalahnya.
Terlalu mudah,
Namun mungkin kita terlalu angkuh,
Saat Dia tak memakbulkan doamu,
Ingatlah, sematlah dihati,
Bahawa Allah rindu mendengar rintihmu,
Pergilah,
Mohonlah,
Dia sedang menantimu.
Tak cakap orang, sebab “kita” tu termasuk dengan diri saya sendiri.Katahuilah bahawa yang menulis ini  juga rapuh, juga terlupa bahawa DIA sedang menguji , DIA sedang menanti.
Jom rujuk surat cinta:
[2:186]Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamau mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Friday, November 7, 2014

Senyum Ketika Diberi Ujian Oleh NYA

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

 Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan…”                                       (An-Najm: 42-44)                                    

Wahai insan istimewa pilihan Allah yakni insan yang sedang diuji,


Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli. Bukan Allah hendak menyeksamu.

Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah air matamu. Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu. Sangat menyayangimu.

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini, engkau pilihannya. Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.

Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya, mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri. Bahkan kau tambahi dengan keluhan.

Maka, muhasabahlah.

Wahai calon penghuni syurga,

Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”
        - (Al-Mulk: 1-2)


Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.

Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini, membuat kau terduduk, membuat kau menangis dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang. Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.


PerancanganNya sungguh berseni dan sungguh sempurna.

Dia tahu kau merancang itu dan ini, Dia tahu kau mahu itu dan ini, namun yang terjadi adalah sebaliknya. Kau perlu ingat dan pasakkan dalam jiwa, Dialah sebaik-baik perancang.

Wahai sekalian sahabatku yang sedang memperbaiki diri dan memperbaiki iman. Hidup ini dilingkari seluruhnya dengan limpahan kasih sayang Allah.

 Dia beri kau nikmat sepasang mata, kerana kau pilihanNya untuk ada nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai selepas ini Dia mengambil nikmat itu?
 Dia beri kau nikmat sepasang kaki, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir andai kakimu patah dan kau disahkan tidak boleh berjalan lagi? 
 Dia beri kau nikmat sihat, kerana kau pilihanNya untuk merasa nikmat itu. Pernahkah kau terfikir betapa banyak manusia yang sakit dihospital amat menginginkan untuk kembali sihat?

Bahkan, Dia juga beri kau nikmat ada duit, kerja, makanan, rumah, pakaian, nikmat belajar dan bermacam-macam lagi.

Tapi sayangnya, kau selalu lupa untuk mengamalkan sifat Qanaah yakni merasa cukup dengan pemberianNya.

Maka, refleksilah diri kita selalu andai kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi dikemudian hari iaitu diakhirat sana.



Percayalah, Jalan yang Allah beri tidak akan mengecewakan kita

Yakinlah orang yang percaya akan janji-janji Allah, Dia akan kirimkan khabar gembira tidak lama lagi kepadamu dari jalan yang kau tidak sangka-sangka, cepat atau lambat bukan soalnya, yang pasti Allah tidak akan memungkiri janji.

Allah tidak akan mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan termasuk usahamu untuk bersabar dan redha dengan setiap dugaan dariNya.

Jika bukan didunia, mungkin ganjaranmu disyurga sana. Percayalah dengan hebat bahawa Allah sesekali tidak akan mengecewakanmu kerana Dia Maha Adil dan Dia Maha Memberi.

Tidak dapat dinafikan ada ketika kau bertarung dengan perasaan sendiri, rasanya sakit sangat. Apatah lagi pada masa itu orang sekelilingmu seakan tidak memahamimu.

Tidak mengapa duhai hati, sabarlah dan solatlah. Allah sendiri berpesan dalam Al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar.”
              - (Al-Baqarah: 153)

Tidakkah ayat dariNya itu menggugah jiwamu? Belum cukup tergerakkah dirimu untuk mencuba tips yang Allah ajari?

Lihatlah kehidupan ini dengan teliti, Allah mahu kita belajar..

Pandanglah sesuatu yang terjadi itu dengan positif dan professional serta cubalah belajar dari setiap yang kau perhati. Mungkin dari situ kau dapat ingat Dia.

Ingin saya membawa diri saya dan pembaca semua satu analogi. Mudah-mudahan dengan izinNya ada sedikit kefahaman kita mengenai ujian dalam kehidupan ini.

Kita bayangkan sebuah rumah. Dalam pembuatan rumah sahaja mengambil masa untuk siap. Perlu ada duit (peruntukan kewangan) untuk membeli bahan-bahan seperti simen, paku, pasir, dan sebagainya.

Prosesnya juga banyak dan pelbagai, susun batu bata, mengecat, pasang mozek, dan sebagainya. Kadangkala tukang buat rumah itu berhenti seketika, mungkin sebab panas, penat dan ingin berehat sebentar.

Dan mungkin ada ketika tukang itu tidak dapat bekerja kerana hari itu hujan lebat, dia minta cuti, dia sakit dan bermacam-macam lagi.

Lihat. Untuk membuat rumah saja, mengambil masa dan ada proses-prosesnya  yang harus dilalui. Tersalah sedikit, akan memberi kesanlah kepada rumah kita, kan.

Begitu juga kita dalam kehidupan ini. Mungkin ujian yang hadir ini ialah sebagai turning point kita agar kembali kepadaNya.

Allah beri tempoh yang tertentu untuk kita lalui ujian ini. Pelbagai cara yang kita usahakan dalam melalui ujian itu dan bermacam-macam jenis orang yang kita jumpa.

Mungkin ada masa kau terduduk seketika, mencari ketenangan dariNya, mungkin ada masa kau mengumpul segala kekuatan untuk kembali bangkit dari rasa keputus asaanmu.

Ada masa kau mampu bertahan, namun ada masa kau rebah, tidak tertahan dan airmatamu pun tumpah membasahi pipi. Kau menangis semahumu, kau berdialog semahumu.

Dan Dia adalah saksi segala saksi atas segala yang kau lakukan termasuk yang terlintas dihatimu semasa mendepani ujiannya ini. Dan sampai satu saat, semuanya berakhir, ujian ini Allah izinkan berlalu pergi.

Dan ada ujian yang lain menanti pula.

Beruntunglah orang yang mendapat ujian daripada Allah.

Amat beruntunglah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan dugaan dalam hidupnya samaada dalam bentuk kesenangan mahupun kesusuhan, dia semakin dekat dengan pencipta, dia semakin ingat Dia dan sekaligus berazam untuk kembali kepadaNya.

Amat rugilah seseorang itu yang bilamana Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih ditakuk yang sama. Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu dan ini.

Ujian berbentuk kesenangan atau kesusahan itu adalah sunatullah dalam kehidupan.

Allah menguji setiap hambanya dengan cara yang berbeza, mengikut kadar kemampuan seseorang itu, dan pada masa yang tepat.

Mahu ataupun tidak mahu, kita kena menerima dan menghadapi dugaan yang medatang. Siapa kita untuk mempersoalkan kenapa kita diuji andai selama ini kita selalu memungkiri perintahNya yang diperintahkan kepada kita?

Amat baiknya Allah, dengan ujian yang hadir itu membuat kita lebih matang dan kuat untuk mendepani hari-hari yang mendatang.

Maha Pengasih dan Maha Penyayang Allah, Dia uji kita bersebab.

Mungkin dengan ujian yang hadir itu, Allah nak angkat darjat kita, Allah nak hapus dosa-dosa kita, dan Allah nak beri pahala pada kita.

Maka, senyum dan berbahagialah menjadi insan pilihan yang diujiNya.

Wahai manusia yang mendambakan kebahagiaan didunia dan di akhirat,

Andai dugaan itu menjengukmu, tidak dapat tidak, kita kena rapat dengan Allah. Kekuatan itu milikNya, maka mohon kekuatan dariNya, mengadu segalanya dengan Dia.

Usahakan untuk perbaiki iman. Solat jangan tinggal dan usahakan solat diawal waktu, lazimi juga diri dengan istighfar dan selawat, dan cuba buat ibadah yang kau tak pernah buat/ tak biasa buat seperti solat tahajud, qiamulail, solat dhuha, dan sebagainya.

Dari situ, insya-Allah kau akan terdidik sedikit demi sedikit untuk kuat, sabar dan redha dengan apapun yang terjadi dalam kehidupanmu.

Dari situ kau akan rasa, betapa nikmatnya bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Bersabarlah dalam ketaatan untuk beribadah kepadaNya. Moga kesudahan kita semua adalah kesudahan yang baik.

Saya rasa ada benarnya ayat ini:

 “Bukan beratnya ujian yang membuat kita lemah, tapi ringannya hubungan kita dengan Allah yang menyebabkan kita seakan tidak dapat menanggungnya.”

 شكرا جزيلا 

Thursday, November 6, 2014

Surat Cinta Dari Allah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Kembalilah kepada Allah .
Dugaan dan ujian takkan pernah jauh dari kita, sebagai tanda peringatan dan kasih sayang Allah buat hambaNya.
Kita dibobok dan dimomokkan dengan teori, spekulasi dan berita yang kita tak tahu sama ada benar atau tidak, betul atau palsu yang kadangnya (biasa selalu) akan buat hati ini berdegup kencang, seram dan tak semena mena menjadi pendiam lalu runsing.
Dan mahu tak mahu apa yang dihadapkan itu punya kebenaran, fakta dan bukan perkara biasa yang harus ditolak mentah mentah. Allahurabbi.
Di sini, ujian itu terlalu besar, kerana setiap kebergantungan itu kita perlu letakkan sepenuhnya kepada Pencipta kita, Allah Azza wa jalla.
Telah dijelaskan dalam Al Quran.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat hidayah” 
                                                                                                  (Surah al-Baqarah 155-157)


Kembalilah Bertawakkal kepada Allah

Benarlah ayat ini “dunia itu penjara bagi orang mukmin”.
Terlalu banyak tipu daya dunia,fitnah, lagha dan perkara yang menjauhkan kita dari Pencipta kita. Allahu  sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri ya Allah.
Maaf atas setiap salah tutur perbuatan saya. Wallahi saya hanyalah insan kerdil yang jauh dari kesempurnaan.
Tapi marilah kita sama sama berubah dan berjuang.
Demi Islam, demi tanggungjawab kita sebagai hambaNya.
Pintu taubat Allah terbuka luas, tanda sayang dan kasihnya Allah pada kita
“..sesiapa bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya” 
(Surah al-Talaq, 3).

Tajdid niat kita.
Biarlah semuanya kerana Allah Taa’la. Jadikan Al Quran dan sunnah pegangan hidup kita. Dan bertawakallah hanya pada Dia.
Semoga kita semua dilindungi, dipelihara iman dan diberi kebaikan dunia dan akhirat. Letak kebergantungan kita hanya pada Allah Ta’ala.
Yang memiliki setiap lapisan langit dan bumi, yang mengetaui apa yang kita tidak ketahui.
Dan Allah tidak akan menduga kita luar batas kemampuan kita dan tanpa izinNya tiada apa yang akan berlaku
Percaya, sabar dan Redha.
Allahu Musta’an. Moga ketemu di syurga
 شكرا جزيلا 

Thursday, October 23, 2014

P E N D A M

 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Hati kita ini, kadang terlalu memendam.

Simpan segalanya diam-diam.

Hidup yang ceria menjadi kelam.

Mungkin terlupa mencari ketenangan di sepertiga malam.

.

Kadang rasa tak mampu bertahan.

Langkah kian perlahan.

Air mata tak tertahan-tahan.

Mengalir laju tanpa kehendak tuan.

.

Seriously, hati kita ini bukan kuat mana.

Kalaulah doktor bedah keluarkan hati kita, kena pijak hancur kot.

Tapi, inilah, istimewanya hati, Allah letak di dada.

Agar dekat sentiasa dengan tuannya.

Hadiah terindah Tuhan buat hambaNya.

Pemilik segala rahsia juga jiwa.

Senyum.

Feel blessed kan? :)

Jangan bersedih dengan ujian Allah,

“Ingatlah, yang menulis ujian atasmu adalah yang menulis nikmat untukmu. Percayalah, andai bahagia itu bukan milik kita di dunia, Allah pasti menyimpannya di sana, kerana DIA tidak pernah menzalimi hambaNya”

Walau apa jua, terimalah seadanya. Allah terlalu sayangkan kita.

Kena ketuk dengan ujian sekali sekala apa salahnya.

Terima saja. Terima saja.

Dunia bukan tempat untuk orang manja.

Dunia menjadi ladang untuk kita membenih pahala membaja jiwa dengan segala cintaNya.

Untuk apa?

Untuk pulang ke tempat asal kita.

Mana?

Syurga sayang.

Syurga.

.

Hmm.


Kita yang muda-muda ini dah merengek macam-macam kat Tuhan, mintak Tuhan mudahkan jalan.

Kau pernah fikir tak ujian apa pakcik tua umur 40 tu dah berdepan?

Huisshhh, dah berlori-lori agaknya ujian.

Sebab itu, orang tua-tua umur 70 tahun larat lagi nak bangun malam, dating dengan Tuhan.

Something yang jarang-jarang orang muda lakukan.

.

Ingat ini.

Pesan pada diri.

Pesan pada hati.

Kita bakal punyai suami.

Kita bakal punyai isteri.

Kita bakal punyai generasi sendiri.

Anak-anak yang bakal lahir dari rahim kita ini.

Anak kecil itu bakal punyai abi, bakal punyai ummi.

Adakah kita dah sedia wahai diri?

Berdepan ujian yang lebih besar nanti?

Jangan sampai kita menyesal bila dah tua nanti.

Menyesal dah tua okay lagi.

Kalau dah sampai masa Izrail menjemput diri sekarang ini, mana nak lari?

Mana nak lari?

Kembalilah, raih Ilahi.

Baiki diri. Baiki hati.

.

Benar, kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan.

Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya. Percaya dan terus percaya.

Kuat ya.

 شكرا جزيلا 

Sunday, August 10, 2014

La Tahzan, Jadilah Wanita yang Paling Bahagia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sekali lagi air mata itu tumpah, bagai melegakan hati pemiliknya.


Wanita,

Kadangkala diuji dengan sehebat-hebat ujian.

Zahirnya lemah tapi batinnya gagah anugerah Tuhan.







La tahzan.
Optimislah dengan ujian. Itu hadiah Tuhan.

Bersyukurlah. Beruntunglah.

Dari jutaan, engkau pilihanNya

Kita rasa kitalah yang besar ujiannya. Kita rasa kitalah paling berat bebanannya.

Come on. Ada orang lagi besar ujiannya. Lagi berat bebanannya.

Jangan merungut sayang. Jangan mengeluh walau sedetik.

Kita milik Dia. Dulu, Kini. Dan selamanya.

Maka Dia berhak menentukan yang sebaiknya buat kita.

Bukan hanya di dunia. Bahkan hingga ke daerah sana.


Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.
Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya. Ya, percaya.
La tahzan.
Syurga itu mahal sayang, bukan mudah kita nak dapat.
Even people always said, benda yang payah nak dapat itulah yang kita akan benar-benar hargai.
Dan kita pasti bahagia sangat bila dapat.
Itu pasti.
Senyum.

Tapi terkadang ada masa kita jatuh.
Tak mampu nak bangun.
Tapi, ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
Just beside you.
Selalu.
Allah akan ubat luka di hati kita.
Perlahan. Perlahan.
Inilah hadiah buat hambaNya yang bertabah!
Tears.

InsyaAllah, bila Allah redha, Allah akan mudahkan.
Tak mudah. Siapa kata mudah?
Tapi inilah kasih sayang Tuhan.
Berdamailah dengan takdirNya.
Dan sampai masa kita akan faham, ada perkara yang memang dah tertulis akan terjadi.
Dan tertulis di Luh Mahfuz.
Dan kita mesti berhenti daripada memaksa ia jadi macam yang kita nak.
Tetaplah sabar dan redha dengan aturanNya.

Bukalah surat cinta dariNya.
Pasti akan damai hatimu.

” Maka hanya bersabar itulah yang terbaik (bagiku)” [Yusuf: 18]

La tahzan. Kesatlah air matamu.
Allah ada.
Allah tahu.

“Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Mengetahui segala isi hati.” [Al-Maidah:7]

Dan ingatlah,

“Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.” -Hasan Al-Banna-
 La tahzan,
Jadilah wanita yang paling bahagia! :)
 شكرا جزيلا